AWANI Pagi: Jiwa SME | Platform digital pertingkat perkhidmatan perubatan holistik

2022-12-14 0

Perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perubatan bukan lagi pilihan sebaliknya keperluan orang ramai masa kini.

Jika dahulu, klinik perubatan hanya terhad kepada memberikan khidmat perubatan, namun kini ia lebih meluas dengan penawaran pelbagai perkhidmatan demi kesihatan orang ramai.

Selain perkhidmatan kesihatan, Neo Medicare sebuah pusat perubatan holistik, giat menggunakan platform digital sebagai medium komunikasi, dan konsultasi bersama pelanggan mereka.